Wednesday, February 26, 2014

Gaun Nikah~~~

Post sebelum ni konon kata nak share doorgift kan? Ahaha malas indah mok ngapture gmbr malam2..InsyaAllah, KIV dulu la yerr~~~lgpun tak siap 100% lg bakul tu. Siap nanti I upload..
So...majlis tinggal 3 weeks to go!! Ohh my..I bz dgn menyulam & memanikkan dress nikah. Almaklum la, dress tu di jahit aunty I..so takde la renda,sulam, manik bagai. Terpaksa kerah otak i cari kreativiti & bakat terpendam. Nasib dulu pernah ikut kursus jahit2 ni,Alhamdulillah ada la juga ilmu yang tak seberapa..
Right! Soo jum sneak peek baju I~~~

Aktiviti menjahit renda tepi~~~

1/2 Siap! Nak tengok yang 100% kena la tunggu hari pernikahan I~

So..Siap la jahitan border lace. Lepas jahit sendiri, baru terasa memang berbaloi-baloi baju yang jual kat pasar (kedai ye, bukan pasar basah tempat jual ikan ya!) rega nya sampai beratus2..Mahal kot border lace ya! Yang I beli tok RM 16.90 p/meter (border lace bunga kecik), sebab dress I ni bertingkek-tingkek, so beli 5 meter atas nasihat & saranan aunty a.k.a tailor I. Yang lace bunga besar dalam gambar 2nd tu, semeter RM36 (mok pengsan I kt Fah Company lepas cashier key in rega hahaha)..Belum lagi labuci & pearl untuk hiasan di dada (walaupun I bertudung, gedik jugak nak berhiasan kat dada kan? haha)
So kat sini nak promote aunty I la...Bagi yang di sekitar Kuching & nak buat wedding dress/ baju nikah lelaki & perempuan, boleh contact I kt blog ni yer. Nanti I pass uolls number aunty I - rmh dia kt Matang, so uolls boleh la jumpa dia secara personal & discuss design yang uolls nak. Harga memang berpatutan, sangat murah berbanding tailor lain yang I jumpa. Tapi aunty I tak buat lace, manik etc etc~~yang tu uolls boleh la jumpa I. Nanti kita bincang tahap komplikasi semua tu untuk kepuasan uolls. 


No comments:

Post a Comment