Saturday, November 26, 2011

You'll never realise what you have till you lose it.
There's a certain truth to that statement. It may sound cliche' but it happened before,thus making me a favourite fan for this simple words.
I can't explain what I feel about it. Just that, after all that happened, I'm afraid of losing...May be it's just me being too afraid to be alone. I dont want to be alone when I'm old. That's my biggest fear. *Dah rasa macam sesi confession* -.-"  At times, I think that if I never have anything to start with,then I'll not lose anything which makes me happy. But the again, how can I have something if I dont own anything? Life is full or mystery...*or is it just me that's a freak?*
My dad told me to quit apologising for everything hahaha..Do I apologise too much?I dont realise I did that hoho..Daddy said I like to carry the world's burden on my shoulder. For those who doesnt understand, it means that I always feel that I'm at fault n always do something wrong to someone. *I kinda go "eehh??" during this part* No, I dont feel that I carry the world's burden,just that I always think sometimes,if not most, I tend to be very selfish-making desicions or calls without considering others. and THAT makes me feel guilty. A friend ever told me "Sorry is just a word,it meant nothing nor will it change what's been done". Is it true? I mean I know it cant undone things, but the guilty can rip me apart if I dont apologise. Try sleeping with unsatisfied or angry heart, then you'll know what I mean...
I'm out of my little blue pills...& I can sleep better nowadays. Which means, I dont have to see doc anymore. Yay!!! Alhamdulillah. I hope it lasts. :D

Monday, November 21, 2011

Assalamualaikum...
Post kali ini adalah kesinambungan daripada persoalan yang timbul ketika dalam perjalanan balik dari ofis tadi. Al-kisah nya kdk tok..
I : Mok nangga cita Happy Feet 2 laa.
Her:  Lama tak tengok wayang,last skali Real Steel (yang mana I rasa sik lamak ne pun -,-" )
I : I dah sik rasa excited maok nangga wayang or etc etc...benda huha huha yang di polah dolok nampak sik mampu menarik perhatian I gik.Adakah sebab I tok dah makin matang & berumur?
N..jwpn nya mudah--> Entah lah....
Terbaik la babe!

Ok2...Moral of the story. Allah sayangkan I. Macam lari dari topik jak nak? Tok I citakan... ^__^
Persoalan tok dipanjangkan ke rumah. Tanya ngan hmate sorang gik, then I dapat jawapan yang memuaskan. Alhamdulillah.
"Perasaan tu wujud sebab Allah sayangkan kita. Perubahan tu, berlaku terlalu sedikit & remeh rasanya kan? Tetapi terkesan tak dalam hati? Merubah tak persepsi?'"
Owh...Tersentak seketika. Tidak pernah difikirkan dari sudut yang satu itu. I bukanlah jenis yang mudah untuk membicarakan apa yang ada dalam hati, sebab terlalu byk yang telah berlaku & kepercayaan I terhadap orang sekeliling amat kurang. Near zero...jadi ruang untuk perbincagan itu amat terhad. *Timbul kesedaran,sikap itu membuatkan I sik rami kawan*
"Hikmah Allah itu berlaku secara halus & perlahan. Perasaan itu membuatkan kamu kurang untuk bersuka ria. Fokus lebih kepada hidup & kerja kan? Secara tak langsung,kamu sedikit demi sedikit mula meninggalkan segala yang tidak baik yang pernah kamu lakukan dahulu."
Ya Allah, terasa kerdil diri ini sebab tidak pernah menghargai perubahan itu, sebaliknya selalu mempersoalkan kenapa perubahan tu berlaku.
"Renungkan kembali...Jauh dah kamu berjalan. Renungkan. Bukan dari segi rohani kali ini. Kita tidak mampu untuk menjadi sempurna dari segi itu, sebab kesempurnaan milik Allah. Lihat dari segi perubahan lain. Kamu dah achieve banyak dalam hidup. Bersyukur untuk itu. Kamu telah berubah menjadi insan yang jauh lebih baik. Bersyukur untuk itu. Kamu menjadi insan yang lebih sabar, lebih tabah, lebih mudah simpati dan lebih mudah menghargai ciptaan dan segala pemberian Allah. Bersyukur untuk itu. Kamu telah diberi hidayah dengan cara yang berlainan dari insan lain. Ucap Alhamdulillah untuk itu.."
Tamparan yang tepat ke batang hidung...
"Allah sayangkan kamu. Ingat itu, tanam dalam diri. Allah akan lebih sayang kamu dengan memberi banyak dugaan dan cabaran yang mana kamu akan sering rasa tewas, lemah dan tidak mampu. Ingat sekali lagi, Allah sayang kamu. Ucapkan syukur dan berdoalah. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan"
Amin... Terima kasih Cik SFN untuk kata kata yang bermakna.
^__^

Monday, November 14, 2011

Tentang Bulan...

'It's the moon. Beautiful..'  Often, as I sat down at the verandah or car porch, drinking my Milo, I will gazed up to the sky. Maybe, yang melihat dan mendongak melihat dan menikmati keindahan malam yang disinari cahaya bulan, bukan hanya diriku seorang. Juga yang memuji keindahan alam ciptaan-Nya juga ramai. InsyaAllah.. :)

Tetapi, bila difikirkan semula. Cantik kah bulan itu? Atau adakah disebabkan cahaya yg terpancar telah mem'bias'kan diri dan mata hingga mengatakan bulan itu cantik? Ohh..kata-kata ini bukan lah bermaksud diriku mempersoalkan ciptaan Illahi. Tidak! Cuma sebagai sebuah metafora.
Hakikatnya, bulan itu tidak cantik. (Stuju atau tidak, terpulang kepada anda.)
Secara lahiriahnya, bulan tidak sesempurna yang kita lihat dari bumi. Ya, ia bersinar.Ya, ia memukau. Tapi, realitinya permukaannya berlubang lubang. Realitinya, di bulan tiada hidupan. Realitinya, bulan TIDAK bersinar. Irony right the facts from what we perceived as facts. Harap semua tahu fakta sains di atas hehehe..  :p
Setakat ini, faham tak apa yang sebenarnya ingin di sampaikan tentang bulan?
*Baiklah, abaikan sebab I pun sik pande nak put into simple words*

*Tiba tiba teringat peristiwa tadi semasa menjaga final exam* 

Bersamaku, adalah pendidik yang ku kira veteren juga. Katanya, 'Lihat students dalam bilik ini. Semuanya tekun menjawab exam. Ada yang nampak gusar, ada yang nampak lega, tidak kurang juga yang seperti lost in space. Kita sebagai pendidik, adakah kita nampak siapa pelajar kita di sebalik setiap reaksi, tindak balas, kata-kata dan mimik muka mereka? Renungkan & fikirlah. Your journey here in this institution has just started. Ubahlah apa yang mampu, jika tidak mampu, jadilah perubahan yang memangkinkan perubahan itu'
And I was like--InsyaAllah (tp dlm hati buat buka blur,rahang jatuh,mata ke atas, tangan ke bahu). Bila difikirkan semula, kata-kata itu sangat bermakna.
Mampukah hendak menjadi pemangkin bila perubahan yang berlaku (termasuk perubahan yang menyusahkan & yang tidak masuk akal, apatah lagi yang jauh dari fikiran logik,sistematik dan produktif), juga gagal dikejar? Oooh manusia, suka mengkomplikasikan (adakah perkataan tok?) sesuatu yang simple dan mudah. Bak kata I ngan veteren ya tek..InsyaAllah...DUIT! Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. ^__^

*Simpton byk gilak fikir hingga entry kali tok yang paling merapu pernah dihasilkan dalam hidup-Kecelaruan minda*
K bai..

Sunday, November 6, 2011

Assalamualaikum...

Kali ini blog ditulis tika diri menghadap pemandangan matahari terbit sambil mendengar alunan takbir raya...Sendunya dalam hati. Saat rakan-rakan yang lain menyambut dengan keluarga, diriku di dalam bilik ini sendirian. Ini lah pengorbanan yang aku lakukan untuk diri sendiri...demi mencari apa yang pasti dalam hidup, meskipun jalan nya kadang kadang sukar dan berliku namun Alhamdulillah, atas segalanya..
MasyaAllah, SubhanAllah, Indahnya pemandangan pagi ini...Walaupun airmata mengalir tp bukan bermaksud sedih, tetapi teringat kembali rentetan penceritaan jalan hidup sehingga diriku berada dimana ku berdiri sekarang. Lebih kepada bersyukur sebenarnya atas apa yang telah kulalui, atas apa yg kumiliki kini. Ya, tidak mudah, tetapi telah ku buktikan kepada diri sendiri aku mampu walaupun sendirian.
Haha Berubah posisi pula..Dari berdiri, duduk di birai tingkap. Adui, gelik ada juak asa ati nangga dibah. Ne ndak, diam tingkat 8..hahaha..
Cantik nya..Kabus masih lagi menyelubungi segala..Deruan keta mula kedengaran rancak diluar. Aku tidak ingin menjadi dulu, terlalu leka hingga lupa untuk berhenti dan bersyukur. Alhamdulillah, adakah ini juga satu bentuk pengorbanan? Mungkin, hanya Allah layak menilai. Ingin sekali diriku turun ke bawah dan berjalan kaki menghirup udara diluar, tapi teringat pesanan insan tersayang, lebih baik tidak. Lagipun hendak berjalan di deretan kedai di bawah tu, takut pun ada juak..Just that, ketenangan air sungai mengalir sangat menggoda.. :)
Cukup rasanya coretan merapu pagi ini. Nak mandi, turun ke cofee house untuk breakfast sendirian dan pulang ke rumah. InsyaAllah, kalau tiada halangan petang ini ingin sekali rasanya ke tepi pantai berjalan jalan.

Saturday, November 5, 2011

Kembara Mencari Diri

Assalamualaikum…
Malam ini rasa berbeza sekali. Entahlah, mungkin cuma bagi diriku.
Bukan sekali persoalan yang berlegar di mindaku ini datang. Bekali-kali sehingga rasanya tidak terhitung olehku. Rasa bersalah,hanya Allah yang tahu. Bukan aku tidak mencuba, tapi sering merasa sendirian mengharungi perjalanan yang mencabar ini. Kadang kadang aku jadi keliru apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup. Masih terasa bagaikan ada kekurangan yang amat besar. Atau sekali lagi, mungkinkah itu cuma perasaan ku sahaja? Entahlah…
Semuanya berkecamuk kini. Antara akal dan rasional. Antara kabur dan pasti. Di mana aku berdiri? Rasa seperti dinding yang sebelum ini kukuh, mula runtuh satu persatu. Ya Allah, berilah ku kekuatan untuk hadapi semua ini. Tidak ingin ku persoalkan segala takdir yang telah Kau rencanakan untukku,cuma berikanlah diriku ketenangan dan keikhlasan utk meniti liku liku itu dengan tabah. Seringkali aku menjadi manusia khilaf,yang hanya melihat kesusahan namun lupa untuk bersyukur bila diberi ujian oleh Allah…Telah ku latih diri melihat sudut positif segalanya, tapi aku manusia biasa, ada kalanya mengeluh bila penat.
Air mata menjadi semakin murah sejak akhir akhir ini. Tidak, tiada kaitan dengan hati dan perasaan. Perjuangan ini amat sukar rasanya, dengan tamparan emosi dan spiritual.
Aku ingin menjadi muslimah sejati,muslimah dalam erti kata sebenar,sungguh itu adalah impianku. Tapi kenapa aku sering merasa kurang layak dan tidak mampu mengecapi semua itu? Atau sekali lagi, mungkinkah itu cuma perasaanku sahaja? Entahlah…

Tuesday, November 1, 2011

Second Chance

Assalamualaikum...Indah cuaca hari ni,Alhamdulillah...
Seperti biasa bingkisan kali ini dimulakan dengan tanpa ada sebarang tujuan yang pasti. Namun keinginan hati yang tiba-tiba ingin menulis bagaikan tidak dapat ditahan. (Wahh gramatis kan ayat penaan seorang yang mencintai English? LOL)
Sibuk pula mencari skin yang baru. Simboliknya, untuk menandakan permulaan sesuatu yang InsyaAllah,akan berkekalan.
Once yesterday, I'm broken cut in half. Now I'm healed but not mended. For me, hearts can never be mend. Nor do feelings. Allah have given me a second chance, which came in a very unexpected form. Yes, before, I looked too deep and parhaps I seeked, searched too hard. I forgot to dwell in the real meaning of love, a real meaning of relationship. I found a quote by someone
             'Cinta itu datang tanpa diduga, pergi tanpa dipinta.'
Aihh dengar pula lagu 'Kisah Dongeng' alunan Stacy. Melambangkan ketidakpastian diri dalam membina dan berada dalam sebuah perhubungan. Seperti diriku. Alhamdulillah, segala yang ada tika ini, bukan hanya kisah dongeng. Telah diluahkan segala, hingga tiada rahsia antara dua hati. W/pun tidaklah dapat diduga mahupun dipastikan rahsia dirinya. Namun lega kerana at least I dont have any monsters in my closet that he doesnt know.
Quote from him "I have made my decision to be with you.No doubt about it.For future,berserah dengan takdir :) "
InsyaAllah...Semoga dipermudahkan. ^__^