Saturday, November 5, 2011

Kembara Mencari Diri

Assalamualaikum…
Malam ini rasa berbeza sekali. Entahlah, mungkin cuma bagi diriku.
Bukan sekali persoalan yang berlegar di mindaku ini datang. Bekali-kali sehingga rasanya tidak terhitung olehku. Rasa bersalah,hanya Allah yang tahu. Bukan aku tidak mencuba, tapi sering merasa sendirian mengharungi perjalanan yang mencabar ini. Kadang kadang aku jadi keliru apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup. Masih terasa bagaikan ada kekurangan yang amat besar. Atau sekali lagi, mungkinkah itu cuma perasaan ku sahaja? Entahlah…
Semuanya berkecamuk kini. Antara akal dan rasional. Antara kabur dan pasti. Di mana aku berdiri? Rasa seperti dinding yang sebelum ini kukuh, mula runtuh satu persatu. Ya Allah, berilah ku kekuatan untuk hadapi semua ini. Tidak ingin ku persoalkan segala takdir yang telah Kau rencanakan untukku,cuma berikanlah diriku ketenangan dan keikhlasan utk meniti liku liku itu dengan tabah. Seringkali aku menjadi manusia khilaf,yang hanya melihat kesusahan namun lupa untuk bersyukur bila diberi ujian oleh Allah…Telah ku latih diri melihat sudut positif segalanya, tapi aku manusia biasa, ada kalanya mengeluh bila penat.
Air mata menjadi semakin murah sejak akhir akhir ini. Tidak, tiada kaitan dengan hati dan perasaan. Perjuangan ini amat sukar rasanya, dengan tamparan emosi dan spiritual.
Aku ingin menjadi muslimah sejati,muslimah dalam erti kata sebenar,sungguh itu adalah impianku. Tapi kenapa aku sering merasa kurang layak dan tidak mampu mengecapi semua itu? Atau sekali lagi, mungkinkah itu cuma perasaanku sahaja? Entahlah…

No comments:

Post a Comment