Sunday, November 6, 2011

Assalamualaikum...

Kali ini blog ditulis tika diri menghadap pemandangan matahari terbit sambil mendengar alunan takbir raya...Sendunya dalam hati. Saat rakan-rakan yang lain menyambut dengan keluarga, diriku di dalam bilik ini sendirian. Ini lah pengorbanan yang aku lakukan untuk diri sendiri...demi mencari apa yang pasti dalam hidup, meskipun jalan nya kadang kadang sukar dan berliku namun Alhamdulillah, atas segalanya..
MasyaAllah, SubhanAllah, Indahnya pemandangan pagi ini...Walaupun airmata mengalir tp bukan bermaksud sedih, tetapi teringat kembali rentetan penceritaan jalan hidup sehingga diriku berada dimana ku berdiri sekarang. Lebih kepada bersyukur sebenarnya atas apa yang telah kulalui, atas apa yg kumiliki kini. Ya, tidak mudah, tetapi telah ku buktikan kepada diri sendiri aku mampu walaupun sendirian.
Haha Berubah posisi pula..Dari berdiri, duduk di birai tingkap. Adui, gelik ada juak asa ati nangga dibah. Ne ndak, diam tingkat 8..hahaha..
Cantik nya..Kabus masih lagi menyelubungi segala..Deruan keta mula kedengaran rancak diluar. Aku tidak ingin menjadi dulu, terlalu leka hingga lupa untuk berhenti dan bersyukur. Alhamdulillah, adakah ini juga satu bentuk pengorbanan? Mungkin, hanya Allah layak menilai. Ingin sekali diriku turun ke bawah dan berjalan kaki menghirup udara diluar, tapi teringat pesanan insan tersayang, lebih baik tidak. Lagipun hendak berjalan di deretan kedai di bawah tu, takut pun ada juak..Just that, ketenangan air sungai mengalir sangat menggoda.. :)
Cukup rasanya coretan merapu pagi ini. Nak mandi, turun ke cofee house untuk breakfast sendirian dan pulang ke rumah. InsyaAllah, kalau tiada halangan petang ini ingin sekali rasanya ke tepi pantai berjalan jalan.

Saturday, November 5, 2011

Kembara Mencari Diri

Assalamualaikum…
Malam ini rasa berbeza sekali. Entahlah, mungkin cuma bagi diriku.
Bukan sekali persoalan yang berlegar di mindaku ini datang. Bekali-kali sehingga rasanya tidak terhitung olehku. Rasa bersalah,hanya Allah yang tahu. Bukan aku tidak mencuba, tapi sering merasa sendirian mengharungi perjalanan yang mencabar ini. Kadang kadang aku jadi keliru apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup. Masih terasa bagaikan ada kekurangan yang amat besar. Atau sekali lagi, mungkinkah itu cuma perasaan ku sahaja? Entahlah…
Semuanya berkecamuk kini. Antara akal dan rasional. Antara kabur dan pasti. Di mana aku berdiri? Rasa seperti dinding yang sebelum ini kukuh, mula runtuh satu persatu. Ya Allah, berilah ku kekuatan untuk hadapi semua ini. Tidak ingin ku persoalkan segala takdir yang telah Kau rencanakan untukku,cuma berikanlah diriku ketenangan dan keikhlasan utk meniti liku liku itu dengan tabah. Seringkali aku menjadi manusia khilaf,yang hanya melihat kesusahan namun lupa untuk bersyukur bila diberi ujian oleh Allah…Telah ku latih diri melihat sudut positif segalanya, tapi aku manusia biasa, ada kalanya mengeluh bila penat.
Air mata menjadi semakin murah sejak akhir akhir ini. Tidak, tiada kaitan dengan hati dan perasaan. Perjuangan ini amat sukar rasanya, dengan tamparan emosi dan spiritual.
Aku ingin menjadi muslimah sejati,muslimah dalam erti kata sebenar,sungguh itu adalah impianku. Tapi kenapa aku sering merasa kurang layak dan tidak mampu mengecapi semua itu? Atau sekali lagi, mungkinkah itu cuma perasaanku sahaja? Entahlah…

Tuesday, November 1, 2011

Second Chance

Assalamualaikum...Indah cuaca hari ni,Alhamdulillah...
Seperti biasa bingkisan kali ini dimulakan dengan tanpa ada sebarang tujuan yang pasti. Namun keinginan hati yang tiba-tiba ingin menulis bagaikan tidak dapat ditahan. (Wahh gramatis kan ayat penaan seorang yang mencintai English? LOL)
Sibuk pula mencari skin yang baru. Simboliknya, untuk menandakan permulaan sesuatu yang InsyaAllah,akan berkekalan.
Once yesterday, I'm broken cut in half. Now I'm healed but not mended. For me, hearts can never be mend. Nor do feelings. Allah have given me a second chance, which came in a very unexpected form. Yes, before, I looked too deep and parhaps I seeked, searched too hard. I forgot to dwell in the real meaning of love, a real meaning of relationship. I found a quote by someone
             'Cinta itu datang tanpa diduga, pergi tanpa dipinta.'
Aihh dengar pula lagu 'Kisah Dongeng' alunan Stacy. Melambangkan ketidakpastian diri dalam membina dan berada dalam sebuah perhubungan. Seperti diriku. Alhamdulillah, segala yang ada tika ini, bukan hanya kisah dongeng. Telah diluahkan segala, hingga tiada rahsia antara dua hati. W/pun tidaklah dapat diduga mahupun dipastikan rahsia dirinya. Namun lega kerana at least I dont have any monsters in my closet that he doesnt know.
Quote from him "I have made my decision to be with you.No doubt about it.For future,berserah dengan takdir :) "
InsyaAllah...Semoga dipermudahkan. ^__^

Sunday, October 30, 2011

Ntah apa apa.. :)

Ohhh It's been a really long time.. (I forgot my password :p )
A lot have changed in my life.Alhamdulillah...Segalanya berubah atas kehendak-Nya dan pastilah ia untuk yg terbaik :)
Tiada idea utk sebenarnya utk post kali ini..cuma terlalu bosan dgn serabut yg berselirat di fikiran :D Mgkin ada cetusan ilham utk post selepas ini :)

Tuesday, February 22, 2011

Mengantuk tp ku gagahkan diri menintakan perasaan ku di sini...

Happy mlm ini..keluar bersama teman dan bergelak ketawa mengingatkan kenangan masa sekolah..haha mcm2 adaa...dulu diriku adalah seorg yg nerd--bercermin mata besar, tebal & skema..hahaha..Skrg? Entahlah, terpulang anda utk menilai..hehehe
tp terlalu byk juga yg muncul dlm kotak pemikiran ku..Terlalu byk yg kuhadapi sepanjang beberapa minggu ni, terkadang rasa tidak tertanggung semuanya. Diriku penat. Apa aje lah, asalkan semuanya bahagia.Aku rela begitu..hehhehe..
Saban hari ku kikiskan rasa yg subur di hati. Dh try guna suma dah, pen knife, razor blade, pisau, gunting etc...suma tak berjaya..semakin byk kehendak diriku yg sebenarnya tidak masuk akal lgsg.Mimpi bersamanya yg seolah2 mengiakan segala harus ku terima sebagai mainan tidur cuma...

Entah lahh.. Assalamualaikum...

Wednesday, January 12, 2011

Terasa kerdil sekali diri ini...Ya Allah, kekhilafan ku semakin menjadi2. Ku sedari itu, tp entah knp terasa berat sekali. Mgkin itu cuma alasan semata, diri ini masih berdebat setelah sekian lama.
Saat lidah ini lancar berbicara, tidak terasa bercambahnya satu rasa..aneh rasa itu, tp bukanlah rasa yg asing bagi ku. indah sekali, tp terpagar dek batasan yg dibina. Alhamdulillah, tiada yg bakal sakit dgn ada nya jurang yg telah diwujudkan antara dua hati. Mungkin terasa di sana, tp realiti membantutkan segala. Tiada yang pasti, cuma diri ini sedar ada lg baik utknya di luar sana. Apakah mgkin bunga yg dh layu, segar kembali? Jika itu takdirnya, mengapa tidak...tp ku serahkan segalanya kpd Dia yang lebih berkuasa, lebih mengetahui. Ku telah belajar dan mempelajari utk tidak menaruh hrpn terhadap apa2 kecuali sandarakan kepada diri sendiri, doakan yg terbaik, walaupun yg terbaik itu bermakna meletakkan diri jauh.
Cukup la bermadah berkata tanpa erti :)   rahasia hati, biar ku luahkan setakat ini. selebihnya biar berlalu d tiup angin bayu..
Alhamdulillah, pencarianku sudah berakhir...Minggu dpn, smpena cuti, bermula lah lembaran baru, di rumah baru, bersama rakan baru...InsyaAllah, ku percaya segalanya akan berjalan seiring rencana ku,biarlah tidak sesempuran mana, sekurang-kurangnya diri ini telah mengambil langkah yg ku kira terbaik demi semua.
Telah byk yg ku pelajari spnjg minggu ini...sekurang-kurang nya ada yg sudi membimbing diriku..Aku bersyukur utk itu...
What have been done, cant never been undone. All that is possible is to make amendments, make changes in order not to make the same things over and over again. My life has been one bumpy road with lots of stones unturned, because I was too afraid of the unexpected. But then again, I realised, to expect the unexpected gives life to life itself and it's fun! So I try to live the life with an open arms, open mind and loving every beauty that life brings.. ^_^

Thursday, January 6, 2011

L8ly I always hv mixed feelings...It's hard 2 explain...